Tuesday, February 24, 2015

Mr A

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Awak sebenarnya hebat dengan cara awak sendiri. Maafkan saya sebab selalu rasa awak tak perfect, semuanya tak kena, selalu rasa tak serasi. Saya yakin awak sebenarnya yang terbaik buat saya, terima kasih untuk segalanya my future zauj! I'll be yours! I'll try to love u wholeheartedly! :)

Tuesday, February 10, 2015

Kalau dah Jodoh!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Kengkadang saya teringat dia. Namun masa tidak boleh diundur, masa kian berdetik. Awak sudah terlambat, saya tidak boleh berundur lagi. Saya dah tolak ramai orang sebab awak. Kali ni saya takkan bermain lagi dengan perasaan cinta buta itu lagi. Memang kalau kita nak sesuatu tu, kita nak tu je. Pusing macamanapun yang tu jugak yang kita nak sebab tu kita takde rasa nak pada orang lain. Namun, kesungguhan seseorang tu dan berkat doa beliau pada Allah, saya betul2 kagum dan mula terbuka pintu hati. Bukan senang saya nak suka pada seseorang tau! Tambah lagi apabila dah melibatkan keluarga. Kalah saya! I accept u for who u are my future zauj! Awak bersungguh call mak ayah saya, amik hati parents saya. Then, terus hantar keluarga datang jumpa mak ayah. Awak gentleman sangat! Memang jodoh mungkin? Lelaki yang saya cinta tu still berkeras dengan cara dia dan susah nak ambil hati mak saya. Susah sama2 anak ketiga ni, degil. Pendek kata, saya cuba sekeras hati tutup pintu hati saya pada Mr F dan cuba bukak sepenuhnya pintu hati saya untuk Mr A walaupun hati saya belum sempurna menerimanya apa adanya. 





Friday, February 6, 2015

Senggugut. Apakah cara mengatasi senggugut?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Hari ni saya senggugut. Perut dan ehem ehem ni sangat pedih. Bukan semua orang ada penyakit senggugut bila datang bulan. Bukan semua orang merasa peritnya pabila mengalami senggugut. Bila senggugut ni perempuan akan mengalami tekanan emosi yang maksimum. Gunung berapi pun boleh dihancurkan. Kereta rosak pun boleh ditolak sampai ke bengkel kereta. HaHaHa

Cara mengatasi senggugut yang saya sendiri selalu amalkan:
1. Tidur di tempat yang panas, bagi berpeluh (Tutup kipas)
2. Makan Evening Primrose Oil (EPO)
3. Duduk sepanjang masa di toilet bagi memudahkan darah beku turun
4. Tuam bahagian sakit tu dengan botol air panas atau bantal panas elektrik





Thursday, February 5, 2015

Penggunaan telefon pintar di sekolah. Apa kebaikannya?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Apa bagusnya penggunaan telefon pintar digunakan di SMK?






Say Hi!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dah lama saya tidak menulis. Sekarang saya akan melonggarkan jari-jemari saya untuk kembali berkongsi kisah dan bercerita apa sahaja yang saya suka. Saya Aishah, boleh panggil Aishah Fuaad

Saya tak popular, tiada apa yang menarik tentang saya. Saya buat blog ni untuk share perkara-perkara yang saya nak taip. Tahun 2015 ni saya berumur 26 tahun. Tua kan? Doakan segala impian saya tercapai!




Rujukan: Ke5, Verdana